[VIDEO] Gelagat Comel Seorang Bapa Terpaksa Mendukung Ketiga-tiga Anak Kembarnya Kerana Berjalan Perlahan Ketika Melintas Jalan

Ramai orang mengimpikan untuk memiliki anak kembar, tetapi jika tidak ada genetik kembar dalam salasilah keluarga, peluang untuk mendapat anak kembar sebenarnya adalah sangat rendah iaitu kurang daripada 1%.

Namun, pasangan mana yang tidak gembira jika dapat anak kembar. Tambahan pula bagi pasangan yang sudah bertahun menanti cahaya mata, tiba-tiba dapat berita gembira isteri hamil bayi kembar.

Seperti seorang bapa ini yang memiliki anak kembar yang comel, bukan kembar dua tetapi kembar tiga. Video gelagat comel mereka telah menarik perhatian ramai orang yang menontonnya.

Video menunjukkan seorang bapa sedang mengawasi anak kembar tiganya yang memakai pakaian serba putih ketika sedang melintas jalan. Disebabkan anak-anaknya berjalan terlalu perlahan dan lampu isyarat melintas jalan tinggal beberapa saat sahaja lagi bertukar merah, lelaki tersebut terpaksa mendukung ketiga-tiga anak kembarnya.

Lelaki tersebut dengan cepat mengangkat ketiga-tiga anak kembarnya dan berlari melintas ke seberang jalan. Ternyata lelaki tersebut terpaksa berbuat demikian demi keselamatan anak-anaknya.

Tonton video gelagat comel mereka di bawah:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @ArenaStarNews

Sumber : Erabaru

Apa kata anda?