[VIDEO] ‘Dia Memang Seronok Kalau Diusik..’

PELAWAK dan pengacara, Shuk Sahar, 32, akui dia memang gemar mengusik penyanyi Mas Idayu yang juga juri tetap Mentor 7, pada setiap minggu.

Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata tindakan itu dilakukannya sekadar mahu menceriakan suasana dalam program realiti TV itu.

“Saya tidak berniat langsung mahu menjadikan ‘mummy’ Mas Idayu sebagai bahan lawak di atas pentas tetapi memang suka mengusiknya.

“Apatah lagi, saya juga mengikuti perjalanan kembara seni ‘mummy’ sudah lama dari sejak menyanyi dan kemudiannya dia menjadi mentor.

“Tidak terkecuali, saya juga menonton aksi ‘mummy’ sebagai juri di Akademi Dangdut Asia (DAA), Indonesia yang tular itu.

“Perkataan ‘ada nampak mummy happy’ itu sampai sekarang saya ingat dan terus-terang dia (Mas Idayu) memang seronok kalau diusik,” katanya.

Mengulas mengenai cara usikan dibuatnya yang agak kasar, Shuk berkata dia tetap menjaga batas gurauan di atas pentas.

“Sama ada saya mahu pun ‘mummy’, kami masing-masing sebenarnya sudah sedia maklum apa yang berlaku di pentas hanya sekadar usikan, gurauan dan melawak.

“Jadi, sudah tentu takkan ada sesiapa pun akan terasa hati. Malah, hubungan saya dan ‘mummy’ di belakang pentas pun baik.

“Setakat ini kami berdua tidak ada masalah untuk diisukan kerana apa yang berlaku itu adalah sekadar usikan semata-mata,” katanya.

Shuk menegaskan dia dan Mas Idayu memang sudah sedia maklum, apa yang berlaku di atas pentas hanya di pentas itu sahaja.

“Ia tidak akan berlarutan kerana tujuan usikan itu hanya untuk menceriakan suasana program semata-mata,” tegasnya.

Menurut Shuk lagi, apapun kalau masih ada netizen atau pihak di luar mendakwa dia terlepas cakap, setakat ini tidaklah keterlaluan.

Di pentas Mentor 7 yang disiarkan TV3, setiap malam Ahad menggandingkan Shuk bersama 

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @ArenaStarNews

Sumber : Metro

Apa kata anda?