[VIDEO] Bertunang Dengan Pemain JDT, Eyra Hazali Nak Minta Nasihat Mia Ahmad

PELAKON Eyra Hazali berkata dia sedia menamatkan zaman bujang bersama penjaga gol pasukan bawah 22 tahun negara, Muhammad Haziq Nadzli sekitar hujung tahun depan.

Menurut Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali berkata, tempoh berkenaan adalah sesuai untuk mereka saling mengenali dan membuat persiapan yang sewajarnya.

 

Eyra sah menjadi tunangan Haziq pada 1 Disember

“Insyaallah kami bakal menamatkan zaman bujang dalam tempoh 10 atau 11 bulan lagi.

“Kerjaya Haziq sebagai pemain bola hanya meberikan ruang untuk berehat sekitar akhir tahun,” katanya.

Pelakon drama bersiri Mr Grey ini ditemui ketika majlis doa selamat dan pelancaran filem M4M4 yang berlangsung pada Khamis.

Dalam pada itu, Eyra, 19, mengakui dia sedang menyesuaikan diri sebagai tunang kepada seorang personaliti sukan.

 

Eyra Hazali dedah bakal mengikat tali pertunangan selama 10 bulan

“Tipulah kalau sudah seratus peratus bersedia, jadi tunangan dan isteri adalah sesuatu yang amat berbeza.

“Saya juga harapkan bantuan dan nasihat pelakon Mia Ahmad yang bersuamikan pemain JDT,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Eyra bakal menjalani pengambaran filem keduanya berjudul M4M4 yang mengangkat tema suspen thriller.

Filem arahan Eyra Rahman itu turut dibintangi Nabila Huda, Bella Dowanna, Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Nizam Zaidi dan Ungku Hariz.

VIDEO :

‘Menepati Kriteria, Tak Suka Melepak’

“KAMI mula berkenalan di laman Instagram dan berkawan rapat dalam tempoh setahun sebelum mengikat tali pertunangan.

“Haziq juga menepati kriteria calon suami yang dicari kerana dia tidak suka melepak dan sangat mementingkan keluarga ,” kata pelakon Eyra Hazali, 19, ketika mengulas detik perkenalannya dengan penjaga gol skuad bola sepak bawah 22 tahun negara, Muhammad Haziq Nadzli, 20.

Pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri popular Mr Grey itu mengikat tali pertunangan dengan Haziq pada 1 Disember lalu.

Ditanya kenapa dia enggan berkongsi lebih terperinci mengenai majlis pertunangannya itu, kata Eyra, dia perlu menghormati permintaan keluarga kedua belah pihak.

“Saya bukannya mahu merahsiakan berita pertunangan itu tetapi semuanya kerana permintaan keluarga.

“Saya akui tempoh bertunang banyak dugaannya tetapi saya juga tidak dapat berkongsi cerita berapa lama tempoh pertunangan ini.

“Insya-Allah, kami tidak akan merahsiakan majlis perkahwinan dari pihak media bila tiba masanya nanti.

“Namun, apa yang saya boleh katakan majlis pernikahan bukan berlangsung dalam tempoh terdekat ini,” katanya ketika ditemui pada majlis doa selamat dan pelancaran filem M4M4 yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Sebelum ini, gambar pertunangan Eyra dengan Haziq dimuatnaik kakaknya, Hazel Hazali di Instagram.

Malah, pada ruangan Instastory, Eyra dan Haziq masing-masing memuat naik gambar tangan dengan cincin tersarung pada jari manis.

Namun, Eyra dan keluarganya tidak mahu mengulas lanjut mengenai majlis pertunangan berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @ArenaStarNews

Sumber : Mstar

 

Apa kata anda?