Siti Sairah Selamat Lahirkan Baby Girl

Siti Sairah berkahwin dengan Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 2010 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umaira, Ahmad Daiyan, dan Ahmad Aisy. Pasangan ini memfailkan perceraian pada 2014. Beliau berkahwin kali kedua dengan Mohd Sharidan Johari pada 24 Februari 2018.

Terbaru, Penyanyi Siti Sairah Tarudin selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Rabu.

Melalui status di laman sosial Instagram, Sairah yang merupakan adik kepada penyanyi tersohor tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata, dia dan anaknya berada dalam keadaan sihat.

“Semoga Allah membalas kembali kesejahteraan kepada kalian semua. Alhamdulillah saya dan baby sihat. Ade lesung pipit. Bibir ikut ayah dia. Kita tunggu @sitinorsaidatarudin @ctdk dan mak salmah sampai ye,” kata Sairah.

Jom Lihat Video Dibawah :

Dipetik Daripada Laman Instagram Siti Sairah :

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Sairah dan keluarga atas kelahiran sepupu kepada Siti Aafiyah itu.

Siti Sairah mendirikan rumah tangga bersama kawan lamanya, Sharidan Johari pada Februari lalu. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @ArenaStarNews

Sumber : gempakk

Apa kata anda?