Lihat Wajah Terbaru Anak2 Betty Yang ‘Super Comel’ Yang Jarang Ditayangkan

Gambar menarik keluarga bahagia Betty Banafe yang dirakamkan secara eksklusif oleh Littlestars Photography untuk kenangan mereka.

“Julia sudah 7 bulan umurnya. 28 June 2014 tanggal yang penuh kenangan apabila kami dapat mencolek daddy Julia untuk photography keluarga dari dunia kerjaya nya yang sentiasa sibuk memanjang.

“Thanks daddy Bruce Dargus for your precious time and thank you a zillion to all the team Littlestars Photography yarns bertungkus lumus memeriahkan sesi fotografi bersama Julia yang agak meragam Coz kena bangun pagi. Bagi semua Muslimin and Muslimat selamat berpuasa di bulan yang mulia. Moga Allah menerima amalan kita semua,” ucap Betty melalui IGnya.

USIA puteri sulungnya, Julia Claire Dargus sudah memasuki angka lapan bulan. Sepanjang tempoh itu, dramatis berdarah campuran Arab-Melayu, Betty Banafe, 34, sedang melalui detik indah bergelar seorang ibu.

Betty pernah berjanji, dari saat anaknya lahir, fokusnya bukan lagi kepada seni. Lantaran sibuk menguruskan anak yang sedang membesar, bugar dan menggebu di depan mata, situasi bahagia itu menyukarkan Betty untuk kembali aktif ke lapangan seni.

Saya pernah berjanji pada diri sendiri dan syarikat rakaman saya, Universal Music Malaysia untuk bercuti rehat selepas bersalin paling lama selama enam bulan.

Tapi sebagai ibu yang baru menyambut cahaya mata pertama, payah untuk saya melepaskan anak saya berjauhan walaupun untuk keluar bekerja.

Julia pula sedang membesar dan memerlukan perhatian daripada saya, tambahan pula dia masih menyusu badan. Jadi, kelonggaran waktu untuk saya semakin terbatas, ujarnya tentang pengalaman pertama menjadi ibu.

 

Berkongsi kegembiraan bersama Julia, Betty bersyukur puterinya itu tidak banyak meragam. Pernah sekali di membawa anaknya ke set penggambaran sebuah drama sekitar bulan Mei lalu.

Saya pernah sekali membawa Julia ke lokasi penggambaran sebuah drama arahan Aziz M. Osman beberapa bulan lalu, mujurlah Julia tidak meragam asal diberikan minum susu.

VIDEO :

Tambah bernasib baik lagi, penggambaran itu tidak mengambil masa yang terlalu lama dan pengarah juga memahami keadaan saya yang baru pertama kali menjadi ibu, ujarnya.

 

Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, 34, telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya, Bruce Dargus pada 8 Disember 2012 di Johor dan telah melahirkan Julia pada 1 Disember 2013.
KEHADIRAN anak sulungnya, Julia telah merubah jadual harian Betty. Paling terkesan, dia kini sangat susah mahu berjauhan dengan Julia untuk tempoh waktu yang lama.

Diajak berbicara tentang karier seni yang masih dirindui, sebenarnya Betty masih menantikan waktu yang sesuai untuk suntingan akhir klip video single terbaharu nyanyiannya yang berjudul Naluri. Single dan penggambaran klip video lagu itu telah dirakamkan sekitar tahun lalu sebelum Betty hamil.

 

Memberi tanda kepada keinginannya untuk kembali menjalani rutin sebagai anak seni, Betty juga bakal merakamkan kembali lagu nyanyian kumpulan Lela, Sampai Bila bersama adiknya, Rifki Banafe.

Saya dan Rifki pernah menonton rancangan Idola Kecil yang memperlihatkan bakat luar biasa kanak-kanak menyanyikan semula salah satu lagu daripada kumpulan Lela iaitu Kenangan Silam.

Jadi, terlintas dalam fikiran kami untuk memberikan nafas baharu kepada lagu hit Sampai Bila yang pernah popular sekitar tahun 1990-an dahulu.

 

Selepas membentangkan idea kepada syarikat rakaman saya, mereka bersetuju untuk merakamkan semula lagu itu dan melibatkan kolaborasi bersama adik saya, Rifki. Ini kerana Rifki merupakan anggota kumpulan Lela suatu ketika dulu, ujarnya tentang projek terkini yang sedang disusunnya.

“Ya Allah Kesian Tengok Julia,” – Netizen Simpati Tatap Anak Betty Benafe Alami Demam Berpanjangan

 

 

Pelakon Betty Banafe pada peringkat awal rasa risau apabila anaknya, Julia yang berusia lima tahun itu mengalami demam berpanjangan. Bagaimanapun, keadaan anaknya itu kini kian beransur pulih.

 

Terdahulu, pelakon berusia 39 tahun itu akui rasa bimbang kerana keadaan anak perempuannya masih tidak kebah meski sudah diberikan ubat.

 

Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe itu ada berkongsi foto situiasi terkini anaknya menerusi Instagram, semalam.

“STRUGGLE PUNYA STRUGGLE DEMAM TAK KEBAH KEBAH. AKHIRNYA KALAH DI PINTU HOSPITAL. TERINGAT NASIHAT #SHAHRONIZAM SUAMI #SAFURA YG MANA ANAK DI BAWAH 5 TAHUN KALAU DEMAM LEBIH DARI 5 HARI TERUS CHECK DARAH.. SERAM DENGAR DULU DIA SAMPAI KEHILANGAN ANAK PEREMPUAN NYA TU.. INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJIUN..

“JULIA IS ON ANTIBIOTICS, THANKS TO #DRIQBALKPJ WHO IS SO SUPPORTIVE TOWARDS US, REGARDLESS THE TIME THAT WE CALL AND TEXT MESSAGE TO U CONTINUESLY. ALHAMDULILLAH,” TULISNYA SAMBIL DISUSULI DENGAN TANDA PALANG #JULIADARGUS

Lalu, perkongsian Betty itu turut mendapat simpati rakan selebriti dan peminat yang rata-ratanya mendoakan agar anak perempuan pelakon terbabit segera sembuh. Malah, tidak kurang yang memuji kecantikan anak gadisnya itu.

 

 

 

Sebagai rekod, Betty dan suaminya Bruce Darghous mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu  Julia dan Bruce Dean Dargus, tiga tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @ArenaStarNews

Sumber : Instagram Betty Benafe

Apa kata anda?