Foto Comel Zahrah Rania, Anak Jimmy Shanley Bersama Bekas Isteri, Suhaila

Pengacara dan pelakon, Jimmy Shanley telah berkahwin dengan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh. Namun, kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah. Setelah mendirikan rumah tangga, mereka tinggal seketika di Putra Heights, Subang Jaya.

Pasangan ini berbulan madu di Koh Samui, Thailand. Mereka kemudiannya dikurniakan seorang anak perempuan, Zahrah Rania. Pada 3 Januari 2011, Jimmy memfailkan perintah kembali taat terhadap isterinya itu. Ia disusuli dengan permohonan nusyuz pada 27 Januari 2011 di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Pada Oktober 2012, pasangan ini akhirnya sah bercerai secara khuluk (tebus talak) sebanyak RM1 di Mahkamah Rendah Syariah Subang. Jimmy dan Suhaila bersetuju untuk bercerai talak “satu bain sughro”, iaitu talak yang tidak boleh rujuk kembali kepada perkahwinan asal. Suhaila selaku plaintif bersetuju menggugurkan hak tuntutan nafkah edah, mutaah, tertunggak serta hutang.

Anak pasangan itu, Zahrah Rania kini berusia 6 tahun. Jom kita tengok wajah si comel ini.

Pengacara Jimmy Shanley mendedahkan dia baru menimang cahaya mata ketiga sebulan lalu.

Kata Jimmy, bayi perempuan kedua yang dilahirkan menerusi perkahwinan keduanya itu dalam keadaan sihat dan diberi nama Lisa Shanley.

“Alhamdulillah anak dan isteri saya sihat dan ini anak kedua saya dengan Mariam.

“Bertambah lagi seorang anak perempuan saya, sebenarnya kalau boleh saya mahukan semua anak perempuan.

“Semoga semuanya berjalan lancar sepanjang tahun ini,” katanya kepada Astro Gempak ketika ditemui pada majlis tayangan program 2018 Media Prima di Majestic Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi perkahwinan dengan Mariam Jamilah Abdul Jalil, Jimmy dikurniakan cahaya mata sulung, Hannah Shanley, 3 tahun.

Manakala, Jimmy yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini dengan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy pada 2010 memiliki seorang cahaya mata perempuan, Zahrah Rania Shanley, 7 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! ArenaStarNews

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @ArenaStarNews

Sumber : Ig zahrahraniashanley Via HBerita

Apa kata anda?