Dulu Orang Tanya Mana Siti Nurhaliza, Tapi Sekarang Cari Aafiyah Pula!

APABILA seseorang selebriti dikurniakan cahaya mata, secara tidak langsung anak mereka turut mendapat perhatian peminat dan tentu sekali hal sama berlaku kepada Siti Aafiyah, puteri penyanyi terkemuka negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Menerusi muat naik di Instagram pengurus kepada Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak, dia berkongsi kisah yang disifatkan peminat sebagai lucu dan mencuit hati.

“Aafiyah… dulu kalau orang kenal Mak Rozi, jumpa kat mana-mana orang akan tanya mana Siti Nurhaliza, tapikan sekarang ni orang akan tanya mana Aafiyah, Aafiyah sihat?

“Itulah penangan Aafiyah dah jatuhkan ranking ibu Aafiyah tau,” tulis Rozi di laman tersebut.

Perkongsian Rozi di Instagram.

Populariti Siti Aafiyah yang kini berusia sembilan bulan dapat dilihat dengan kewujudan banyak akaun palsu yang dicipta menggunakan nama dan fotonya di Instagram.

Sebelum ini menerusi laporan mStar Online, Siti Nurhaliza berkata dia tidak kisah dengan kemunculan akaun yang menggunakan nama dan gambar anaknya itu.

Namun, penyanyi lagu Anta Permana ini melarang individu yang mewujudkan akaun tersebut dengan niat tidak baik atau menjual produk.

“Banyak fake account menggunakan nama Aafiyah di Instagram, kalau mereka cipta sekadar untuk abadikan foto sahaja tak ada masalah.

“Tapi saya tak nak mereka menggunakan akaun tersebut untuk menjual produk atau niat yang tidak baik,” katanya.

Foto Aafiyah dikongsi selepas dapat izin suami – Siti Nurhaliza

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berkata dia hanya akan berkongsi foto dan video mengenai anak kesayangan, Siti Aafiyah setelah menerima keizinan suami.

Menurut Siti, 39, dia perlu mendapatkan pandangan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa terlebih dahulu sebelum memuat naik sebarang perkongsian di laman sosial.

“Sebelum kongsi foto atau video Aafiyah, saya akan tunjuk pada Datuk K dahulu dan minta cadangan dulu sama ada sesuai atau tidak.

“Kalau Datuk K rasa tak sesuai dia akan beritahu. Sejujurnya, dulu pernahlah sekali saya padam gambar yang dah post sebab suami kata tak berapa sesuai dikongsi.

Siti Nurhaliza (tengah) bersama keluarga dan kanak-kanak yang menerima sumbangan akibat masalah jantung. FOTO: Kaki5Photo

“Ada juga yang tanya tak mahu buat Instagram peribadi untuk Aafiyah ke? Rasanya buat masa ini belum lagi,” katanya kepada mStar Online.

Penyanyi lagu Anta Permana ini ditemui semasa pelancaran kempen SimplySiti Di Hati 2018 yang diadakan di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, Kuala Lumpur pada Rabu.

Bercakap mengenai kempen SimplySiti Di Hati 2018, ia merupakan sebahagian inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) mengumpul dana untuk disumbangkan kepada pesakit jantung dengan kerjasama Yayasan Institut Jantung Negara (IJN).

“Untuk setiap pembelian rangkaian produk SimplySiti melebihi RM100, sebanyak RM5 akan disalurkan kepada Yayasan IJN.

“Buat masa ini kita fokuskan kepada kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung dahulu.

Siti Nurhaliza bersama anaknya, Aafiyah. FOTO: Instagram Siti Nurhaliza.

“Oleh itu, orang ramai dan pengguna produk ini boleh menyertai kempen tersebut bagi meringankan beban keluarga pesakit, sambil membeli sambil beramal,” katanya.

Menurut rekod, kempen SimplySiti di Hati dilancarkan sejak 2011 dan sudah membiayai kos pembedahan 11 kanak-kanak pesakit jantung daripada keluarga kurang berkemampuan.

Untuk edisi kali ini, tiga kanak-kanak pesakit jantung termasuk bayi berusia 10 bulan bakal menjadi kumpulan penerima pertama kempen tersebut.

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @ArenaStarNews

Sumber :  Mstar

Apa kata anda?