Whataspp ada rahsia tersembunyi..6 Fungsi Berjaya dibongkar..Cepat TRY!!!

Penggunaan WhatsApp boleh dikatakan sebagai aplikasi WAJIB yang mesti ada bagi sesiapa yang memiliki telefon pintar. WhatsApp merupakan cara paling mudah dan jimat untuk berkomunikasi dengan orang lain dengan cara menghantar mesej, video, gambar, audio dan sebagainya. Malah, WhatsApp juga ‘meriah’ dengan pelbagai jenis grup bagi memudahkan lagi urusan untuk berhubung.

Sebenarnya, fungsi WhatsApp bukan sekadar ini sahaja. Ada 6 fungsi cara nak guna aplikasi WhatsApp yang masih ramai tak tahu. Jom belajar trik ini.

#1. Invisible

Jika tak suka orang nampak ketika online, atau nak sembunyikan status ‘last seen’ guna cara ini:Android: Menu > Settings > Account > Privacy.
iOS: > Settings > Privacy Dengan cara ini, anda tetap boleh ‘online’, tetapi orang tak nampak kehadiran anda online.

#2. Highlight Mesej

Nak bagi orang nampak dan lebih jelas dengan apa yang kita nak sampaikan, bukan hanya dengan emoticon sahaja. Tapi boleh juga buat cara ini;Kalau italics, letak underscore _ sebelum dan selepas perkataan _text_ .
Kalau nak bold. Letak * sebelum dan selepas perkataan *text*
Kalau nak strikethrough type, letak twiddles sebelum dan selepas perkataan ~message~.

#3. Nak Spam Mesej atau Broadcast Mesej

Tak semestinya kena buat WhatsApp group kalau nak sampaikan mesej. Sebenarnya boleh je hantar sekali banyak mesej kat personal WhatsApp diorang.Contohnya seperti ini;

#4. Macam mana nak tahu kalau dah kena blocked ?

1.Orang tu tak ada profile picture.
2.Tak boleh nampak bila dia online atau last seen.
3.Semua mesej yang dihantar akan ada satu tick je.
4.Bila buat whatsapp group tapi tak boleh invite orang tu.

Hah cuba check contact chat, pernah tak kena blocked?

#5. Mana nak cari balik mesej yang penting ?

Selalunya dekat WhatsApp group ada beratus mesej yang dihantar dan kadangkala ada benda penting yang perlu diambil perhatian.Kalau nak scroll satu persatu mesej-mesej tersebut memang makan masa dan biasanya susah nak jumpa semula.Cara mudah nak atasi masalah ini,starred kan je mesej tu. Tekan kat text tu lama, sampai dia keluar pop out. Then click simbol star. Mudah kan!

#6.Elak ‘Storage Capacity’ Cepat Penuh

Hah, ni trik yang paling bagus bagi sesiapa yang ada memori smartphone yang sikit.Sebab kebiasaannya jika tak buat setting ini, WhatsApp akan muat turun semua media yang dihantar secara automatik. Tak kira lah ia diperlukan atau tidak. Ia akan membuatkan memori phone cepat penuh. Dengan ikut trik ini, anda sebenarnya boleh memilih jenis media yang anda mahukan sahaja.Anda boleh turn off media autosave dengan cara ini;Android: Settings > Data Usage
iOS: > Settings > Data and Storage Usage > Media

Selamat Mencuba!

Sumber: Brightside Via kepohkuat

Kebaikan dan keburukan whatapps

Dunia kini semakin pantas dengan pelbagai teknologi terkini, “hardware” dan “software” terkini, media sosial seperti ‘facebook’, ‘we chat’, ‘skype’, ‘twitter’, ‘instagram’, blog-blog, emel menjadi kegilaan ramai termasuklah fenomena terkini aplikasi ‘whatsapp’. Memandangkan penggunaan ‘whatsApp’ begitu popular di kalangan pengguna telefon pintar termasuk majoriti pelajar kerana aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma dan penggunaannya untuk berhubung secara percuma berbanding khidmat SMS dan telefon yang berbayar menyebabkan saluran ‘whatsapp’ menjadi saluran utama untuk menyalurkan maklumat.

Setiap perkara yang berlaku di dunia ini, pasti ada baik dan buruknya, ada hitam dan putihnya. Kebaikan dan keburukan itu sememangnya suatu yang bersifat lumrah ke atas tiap sesuatu yang berlaku. Begitulah juga halnya dengan Whatsapp, sebuah laman sosial yang sedang hebat melanda masyarakat dunia pada hari ini di semua peringkat usia. Whatsapp adalah sebuah laman web sosial yang mampu mengunjurkan kebaikan jika diselia dengan cara dan kaedah yang betul. Hubungan persahabatan antara teman-teman sama ada di sekolah, universiti, kolej ataupun di tempat kerja akan lebih erat. Ada juga individu yang menggunakan whatsapp untuk mencari pengaruh,berkomunikasi dan berkongsi maklumat.

Whatsapp juga sebagai alat perantaraan dalam sesebuah organisasi. Ia mudah untuk mendapatkan target KPI organisasi. Ini kerana Whatsapp menjadikan komunikasi tanpa henti kerana setiap saat arahan atau makluman boleh dikirimkan tanpa batasan masa dan menjimatkan kos dan sebagainya. Dengan cara ini, dapat membawa lebih keuntungan kepada organisasi. Pengguna whatsapp juga boleh menonjolkan individu dimata ketua organisasi tetapi kalau sekejap timbul sekejap tenggelam atau tidak aktif maka organisasi tidak akan ingat siapa kita.

Di sebalik kebaikan ada keburukan yang diperolehi melalui penggunaan whatsapp, pengguna juga akan mendapat keburukan melaluinya jika tidak digunakan dengan betul. Antara keburukan yang paling ketara ialah pembaziran masa. Bukan itu sahaja, akibar daripada kelalaian pengguna menggunakan whatsapp, kebarangkalian pengguna akan mendapat prestasi yang rendah disebakan tidak memberi maklumbalas dengan segera terhadap arahan oleh organisasi. Bayangkan kehiduapan kita dalam sesebuah organisasi dimana kita telah berada di pejabat tempoh minum 8 jam sehari untuk lima kali seminggu dengan arahan dan tanggungjawab tetapi apabila kita pulang ke rumah kita perlu waktu rehat bersama keluarga tetapi arahan berlaku dalam whatsapp mungkin menyebabkan kita hidup dalam keadaan stress 24 jam. Ini boleh menjejaskan kesihatan dan hubungan keluargaan kita.

Whatsapp yang digunakan sebagai penghantar maklumat yang salah dan disebarkan kepada semua boleh menjatuhkan maruah seseorang. Mereka inilah sebenarnya seorang yang tidak bertanggungjawab dan tidak berani menghadapi situasi sebenar. Sekirannya pihak yang difitnah tidak boleh menerima penyebaran fitnah yang dikenakan ke atas mereka, pasti akan berlaku pergaduhan antara keduanya. Kadang-kadang tidak ketahui apa yang bermain difikiran mereka ini, adakah mereka ingin bergurau atau mereka sebenar gagal mengawal kemarahan mereka lantas meluahkannya dan tidakkah juga mereka berfikir bahawa bukan semua daripada mereka dapat menerima apa yang ditulis oleh mereka?

***Kita perlu bijak menilai mana baik dan buruk dalam sesuatu perkara. Oleh itu, gunakanlah akal dalam penggunaan teknologi ini dan bukannya nafsu semata-mata. Terima kasih =)

Sumber : schaalee

……….

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. Whataspp ada rahsia tersembunyi..6 Fungsi Berjaya dibongkar..Cepat TRY!!! – Sinar Mukmin
  2. WhatsApp ada rahsia tersembunyi…..mari kita belek2 mane tau jumpe sesuatu…..6 Fungsi Berjaya dibongkar..Cepat TRY!!! – Sinar Mukmin
  3. (Video) WhatsApp Ada Rahsia Tersembunyi…..Mari Kita Belek-Belek Mana Tahu Terjumpa Sesuatu…..6 Fungsi Berjaya Dibongkar…Cepat TRY!!! – Warta Hud-Hud

Comments are closed.