Rumah pemain import Kelantan dikunci

KOTA BHARU 8 Julai – Bekas tonggak pertahanan The Red Warriors (TRW) Alaeddine Bouslimi, 27, menerima kejutan apabila rumah sewa yang didiaminya dikunci oleh pemilik.

Kejadian itu disedari pemain tersebut selepas pulang ke rumah daripada menikmati sarapan pagi.

Difahamkan, pemiliknya bertindak demikian selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) gagal melunaskan bayaran sewa rumah berkenaan.

Video berdurasi 35 saat rumah pemain kelahiran Tunisia itu yang dikunci menerusi aplikasi WhatAps.

Sementara itu, Alaeddine dalam rakaman video itu meluahkan rasa kecewa dengan tindakan tersebut.

Menurutnya, pemilik rumah itu sepatutnya berurusan terus dengan pihak pengurusan dan bukan bertindak sedemikian.

“Jikalau kunci begini, macam mana saya hendak ambil barang sedangkan semuanya masih berada di dalam,” katanya.

Alaeddin hanya sempat beraksi dua perlawanan bersama TRW sebelum digugurkan gara-gara gagal menepati kehendak Kafa.

Tonggak pertahanan itu dilaporkan masih lagi mempunyai kontrak bersama TRW sehingga akhir musim ini.-UTUSAN ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Arena Star

Sumber: Sumber