PSG rangkul kejuaraan Ligue 1

PARIS: Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Unai Emery berkata kelab itu perlu terus menjadi lebih kuat apabila juara Perancis itu cuba untuk mengubah dominasi mereka di laman sendiri ke Liga Juara-Juara.

Angel Di Maria dan Giovani Lo Celso masing-masing menjaringkan dua gol bagi memastikan PSG kemenangan gelaran kelima Ligue 1 dalam enam musim semalam dengan menewaskan juara tahun lalu, Monaco 7-1.

Pasukan bimbingan Unai Emery menghapuskan peluang Monaco di babak pertama lagi apabila menjaringkan empat gol dalam 14 minit di Parc des Princes dengan Le Celso menjaringkan gol dengan bantuan Edinson Cavani dan Di Maria.

 

Rony Lopes menjaringkan satu gol buat Monaco apabila dia menjaringkan gol kelapan berturut-turut buat dirinya tetapi Di  Maria menambahkan gol kelima PSG sebelum Radamel Falcao menjaringkan gol sendiri dan Julian Draxler menjaringkan gol lewat buat PSG bagi membolehkan kejayaan ketujuh kelab itu.

“Pasukan lain mempunyai lebih banyak gelaran berbanding kami. Monaco, Nantes, Saint-Etienne, Marseille, Lyon… tetapi kami perlu terus membina pasukan ini,” kata Emery yang dijangka digantikan pada musim panas ini.

“Ada peralatan untuk masa depan, untuk kekal nombor satu di Perancis dan juga di mana sahaja dengan kesabaran dan juga kerja keras.”

Dengan kejayaan kelima berturut-turut Piala Liga sudah dimenangi, PSG melengkapkan gelaran ketiga tempatan pada musim ini – di mana mereka juga mara ke separuh akhir Piala Perancis – dan berkemungkinan boleh memecah rekod 96 mata yang dimenangi mereka pada kempen 2015-16.

PSG juga muncul pasukan pertama di liga teratas Eropah apabila mencecah 100 jaringan pada malam di mana mereka bermain tanpa Neymar yang cedera dan juga Kylian Mbappe, apabila pemain remaja itu terpaksa duduk di bangku simpanan akibat daripada beberapa penyakit.

Tetapi apabila terkeluar buat kali kedua dalam saingan 16 terakhir Liga Juara-Juara bermakna masih banyak yang perlu dipersiapkan kelab itu.

“Kekalahan itu (kepada Real Madrid) menyakitkan kami tetapi kami perlu teruskan usaha dengan pemain, pegawai dan presiden yang sering bersama kami,” kata kapten PSG, Thiago Silva.

“Ia adalah saat yang sukar tetapi saya rasa di akhirnya ia adalah musim yang bagus. Kami sudah membawa balik gelaran tetapi kami perlu teruskan usaha, kami mempunyai separuh akhir Piala Perancis (menentang Caen) pada Rabu ini.”

– AFP

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Arena Star

Sumber: Sumber