Pemain Liverpool berkemungkinan pindah ke Real Madrid

OUTLET media Sepanyol, Marca, mendakwa pemain Liverpool, Sadio Mane bakal berpindah ke Real Madrid gara-gara ‘tergoda’ dengan tawaran oleh Zinedine Zidane.

Mane, pemain kelahiran Senegal sememangnya mempunyai prestasi yang bagus dengan jaringan 11 gol menerusi 11 perlawanan terakhir dengan kelabnya.

Malah, dia turut membantu jaringan sewaktu diturunkan selama 15 minit bagi memastikan Senegal menang 2-1 ke atas Mali pada Selasa.

Menurut Marca, Mane sudahpun berbincang dengan Zidane yang kini menggalas jawatan sebagai pengurus Real Madrid berhubung kemungkinan itu.

Namun, Liverpool juga yakin dia akan kekal bersama mereka memandangkan Mane menandatangani perjanjian baharu sehingga November 2023.

Mane dilahirkan pada 10 Apri 1992 pernah bermain untuk pasukan Metz, Red Bull Salzburg dan Southampton sebelum ini.

Dilahirkan di Sedhio, Senegal, dia memulakan kerjaya di akademi bola sepak negara itu, Académie Génération Foot. – BBC.

Apa kata anda?