Fred sah pindah ke Old Trafford

LONDON: Manchester United hari ini bersetuju menandatangani pemain tengah Brazil, Fred daripada kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk.

Media Britian melaporkan United akan membayar Shaktar kira-kira RM275 juta (52 juta pound) bagi mendapatkan pemain berusia 25 tahun itu yang kini bersama skuad Brazil di Piala Dunia Russia.

“Manchester United ingin mengumumkan yang kami sudah mencapai persetujuan dengan Shakhtar Donetsk mengenai pemindahan Frederico Rodrigues de Paula Santos (Fred),” kata United dalam satu kenyataan dalam laman web mereka.

“Pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat ini.”

Fred menyertai Shakhtar dari kelab Brazil, Internacional pada tahun 2013. – Reuters

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Arena Star

Sumber: Sumber