Coutinho tawar sertai Manchester United

BARCELONA 10 Mac – Philippe Coutinho menawarkan dirinya untuk menyertai Manchester United.

Pemain berusia 26 tahun itu meninggalkan Liverpool, 14 bulan lalu untuk menyertai Barcelona pada harga 142 juta pound (RM755.55 juta).

Bagaimanapun, Coutinho memberitahu rakan-rakannya bahawa dia sukar untuk menyesuaikan diri di bandar raya Catalan itu dan g4gal untuk menampilkan aksi cemerlang sama seperti dia bersama Liverpool dahulu.

 

Sunday Mirror Sport mendedahkan bahawa pemain itu sudah bercakap dengan beberapa pemain United mengenai peluangnya untuk berpindah ke Old Trafford dengan nilai perpindahan 100 juta pound (RM532.08 juta).

Coutinho mengakui bahawa dia merindui aksi Liga Perdana Inggeris dan sedar bahawa bekas pasukannya tidak mungkin akan menerimanya semula terutama selepas isu perpindahannya dengan Barcelona sebelum ini.

 

Sudah pasti keputusan untuk menyertai Unitd tidak akan disenangi penyokong Liverpool yang pernah menyanjunginya sebelum ini.

The Red  bukan satu-satunya pasukan yang berminat untuk mendapatkan Coutinho sebaliknya Paris Saints-Germain (PSG) juga berminat untuk mendapatkan pemain tengah itu. – AGENSI

Apa kata anda?