City masih gagal menyerlah di pentas Eropah – Kompany

LONDON 13 Feb. – Kapten Manchester City, Vincent Kompany, mencabar rakan sepasukannya agar memberikan cabaran dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim ini.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, kini mengalihkan perhatian mereka kepada saingan Eropah dengan berkunjung ke Basel, awal pagi esok.

Kompany, yang telah memenangi setiap kejuaraan domestik mengakui The Citizens masih gagal menyerlah di pentas Eropah.

Ini adalah kempen ketujuh City dalam UCL dan mereka hanya melepasi pusingan 16, hanya sekali melangkah ke peringkat separuh akhir yang menyaksikan mereka tewas kepada Real Madrid di peringkat tersebut.

Namun, musim ini di bawah bimbingan Pep Guardiola, mereka dianggap sebagai salah satu pencabar utama.

“Kami tidak mempunyai pengalaman dan dihukum pada masa-masa tertentu. Tetapi, semuanya telah berubah, jika ada detik terbaik maka inilah masanya.

“Saya tidak mahu mengatakan ia hanya menunggu masa yang tepat kerana sesetengah kelab tidak pernah memenanginya, namun jika setiap tahun kami boleh turun dengan keyakinan ini maka jika tidak tahun ini atau tahun depan, lambat-laun kami pasti akan sampai di puncak sana. Sudah pasti.

“Kami cuba memecah dominasi Barcelona, ​​Bayern, Real Madrid namun mana-mana pasukan yang mencubanya telah gagal. Pertemuan dengan Basel, kami berpeluang untuk mengukur kemampuan diri dan berasakan mampu menumpaskan mereka,” kata pemain berusia 31 tahun itu. – AGENSI

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Arena Star

Sumber: Sumber