Bayern Munich ikat bintang Atletico Madrid, Hernandez dengan kontrak RM366 juta

SELEPAS disingkirkan daripada Liga Juara-Juara oleh Liverpool, juara Bundesliga Bayern Munich mempercepatkan langkah untuk membaik pulih skuadnya dengan menandatangani pemain pertahanan Atletico Madrid Lucas Hernandez pada harga $ 90 juta (RM366 juta).

Hernandez, 23, merupakan sebahagian daripada pasukan pemenang Piala Dunia Perancis tahun lalu dan akan menyertai Bayern pada 1 Julai.

Nilai yuran perpindahan itu adalah satu rekod untuk Bayern.

Ia mencecah dua kali ganda jumlah yang dibayar untuk pemain Corentin Tolisso yang juga bintang Perancis.

“Saya sangat gembira kerana kami dapat menandatangani salah seorang pertahanan terbaik dunia, Lucas Hernandez.

“Lucas boleh bermain di pertahanan tengah dan di belakang.

“Selain itu, Lucas akan meneruskan tradisi hebat pemain bola sepak Perancis kami dan memperbaiki mutu pasukan,” kata pengarah sukan Bayern, Hasan Salihamidzic kepada laman web kelab itu.

Hernandez akan menjadi pemain Perancis ke-10 yang akan menyertai Bayern.

Kelab itu turut menandatangani seorang lagi pemenang Piala Dunia Perancis, Benjamin Pavard pada jendela perpindahan Januari.

Pavard akan menyertai Bayern daripada VfB Stuttgart pada penghujung musim 2018/19. – CNN Sport

mstar

 

 

Apa kata anda?