Susut 7.7 Kilogram Dalam 15 Hari, Aishah Kongsi 10 Tips Menarik

Dua minggu lalu juara Gegar Vaganza 4, Aishah berkongsi detik menjalani pembedahan pintasan usus, Bariatrik Surgery dan hasilnya penyanyi itu sudah susut 7.7 kilogram.

Penurunan berat badan yang drastik itu mendapat perhatian netizen bertanyakan tips dan cara pantas untuk lebih kurus.

Aishah akhirnya berkongsi detik pembedahan dan 10 tips selepas menjalani prosedur berkenaan.

1. Kita kena jelas mengapa kita buat keputusan untuk pembedahan ini. Kalau sudah nama pembedahan, potong sana sini, mestilah ada tahap sakit yang mesti dilalui. Kita kena realistik dalam hal itu.

Tapi ubat-ubatan moden boleh bantu kawal tahap kesakitan itu.

2. Bila dah nekad nak buat, buatlah sungguh-sungguh. Carilah moral dan kumpulan sokongan yang boleh membantu.

3. Jangan malas! Sehari selepas pembedahan saya dayakan bangun dan berjalan. Lagi cepat kita cergas lagi cepat kita dapat capai niat kita.

4. Senyum selalu! Perjalanan seterusnya ialah peperangan antara nafsu hendak makan dgn keperluan makanan sebenar kita. 

Perjalanan ini memang ‘tricky’ kerana selama ini kita keliru di atara nafsu nak makan tanpa mendengar signal perut yang kata ‘dah kenyang’.

My Bariatric Eperience Part 1:Hahaha I tau ramai yg kecut perut tengok video pembedahan I kan…Dan ramai juga yg bertanya bagaimana pengalaman I melalui bariatric surgery tu.Tak kurang juga yg. malas membaca yg asyik bertanya apa produk yg I makan utk turunkan berat badan walaupun dah berkali2 hashtag #BariatricsurgeryAishahjmm hahahaha. Setakat ini hingga 15hari selepas pembedahan,pengalaman I ok semua.Ok tak bererti I tak merasa sakit dll…tapi ok dari segi ianya 'tolerable'. Pertamanya seperti dgn semua yg kita buat kita kenalah jelas mengapa kita buat keputusan utk.surgery ini.Dah nama pembedahan babe,potong sana sini…mestilah ada tahap sakit yg mesti dilalui.Kita kena realisticlah dlm. hal tu.Tapi ubat2an moden boleh bantu kawal tahap kesakitan itu. Keduanya,bila dah nekad nak buat…buatlah sungguh2..carilah moral dan physical support group yg.boleh membantu. Ketiganya,jangan malas.Sehari selepas pembedahan I dayakan bangun dan berjalan.Jangan takut pada sedikit kesakitan,mental kena kuat.Bayangkan cita2 dan niat utk pembedahan ini dah tercapai.Lagi cepat kita cergas lagi cepat kita dpt capai niat kita tu. Keempat…bila dah masuk hospital memang senang masuk mode pemikiran 'aku sakit' tapi sebenarnya pembedahan ini adalah atas pilihan sendiri..you bukan kena heart attack ke apa…so get up and move hahahaha Keempat…senyum selalu…you are half way there.You dah fix bahagian fizikal you dgn.pembedahan mengecikkan perut.Perjalanan seterusnya ialah peperangan di antara nafsu hendak makan dgn keperluan makanan sebenar kita.Perjalanan ini memang tricky kerana selama ini kita confuse di atara nafsu nak makan tanpa mendengar signal perut yg kata 'dah kenyang'.Also perut kita dah kembang kerana asyik disumbat dgn pelbagai makanan. (Bersambung) #reinventingaishahjmm #BariatricsurgeryAishahjmm

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on

5. Sekarang perut yang dulu boleh terima tiga pinggan nasi sekarang boleh masuk 30ml-50ml saja. 

Kita kena ajar diri kita semula secara mental yang badan kita perlu setakat ini saja. Kita kena perlahan-lahan mencuba makan apa yang perut kita boleh terima.

6. Pembedahan ini bukan ‘shortcut’ untuk turunkan berat badan, selebihnya kita kena usaha sendiri.

Calon-calon pembedahan ini termasuk dalam kategori ‘morbid obesity’ dan pelbagai penyakit. This is about getting back the quality of life you deserve.

7. Berdoalah semoga Allah permudahkan urusan kita.

8. Dengar nasihat doktor dan jangan memandai-mandai. 

9. Carilah sebanyak boleh info mengenai pembedahan ini dan fahami.

10. Saya bukan pakar, saya sekadar berkongsi pengalaman. Hari ke-15 dan saya sudah hilang 7.7 kilogram.

My Bariatric Experience Part 2. Kelima…sekarang perut yg dulu boleh terima 3pinggan nasi sekrg boleh masuk 30ml-50ml sj.Ideal kan?Ramai kata senanglah mcm tu.Tapi your 'inner demon' is nafsu kita yg dulu ok je mkn 3pinggan nasi (uish i tak pernah lah sampi mcm tu hahaha) Walaupun perut kita kenyang je.Kita kena ajar diri kita semula secara mental yg body kita perlu setakat ini2 saja makanan..yg lain tu nafsu.Kalau you tak control nafsu ni dan cuba nak makan lebih..secara fizikal akan ada kesannya dinamakan dumping syndrome…makan terlalu byk dan terlalu cepat…perut akan sakit kepala pening muntah dll.Kita kena slowly try makanan apa yg perut kita boleh terima atau tidak. Keenam…Surgery ini bukan shortcut hanya sebagai pembantu utk kita turunkan berat badan.Yg lain kita kena usaha sendiri.Yg kata ini jalan yg mudah then you are WRONG.Org yg melalui surgery bukan saja2 nak cute miutkan diri tapi bagi setengah org ianya ialah utk.menyelamatkan nyawa.Calon2 surgery ini bukan yg berat 70kg yg rasa dah gemuuuuuk sgt tp ianya bagi yg termasuk dlm category morbid obesity,dgn berbagai penyakit dan yg telah lakukan segala cara utk kurus tapi tak berjaya.This is about getting back the quality of life you deserve. Ketujuh…Berdoalah banyak2 semoga Allah permudahkan urusan kita.Kecergasan,kekuatan dan kesihatan semua datang hanya dari Allah swt.Kita hanya ikhtiar semoga apabila ada kesihatan yg baik maka ibadah kita pun akan lebih baik. Kelapan..Listen to your doctor and jgn memandai2 hahahaha doktor belajar bertahun2 nak jadi expert so they know what they are taking about. Kesembilan…Carilah sebanyak boleh info mengenai surgery ini dan fahami.Go into it with your eyes wide open. Kesepuluh..Lastly I do not claim to be an expert on this..just sharing my experience thus far.Org lain mungkin ada pengalaman yg berbeza.Itu saja coretan I kali ini…Day 15 post op Weight loss 7.7kg.Doakan I ok #reinventingAishahjmm #bariatricAishahjmm

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on

gempak.com

sila share…