Doktor Ini Jelaskan Kenapa Kita Selalu Mengantuk Ketika Memandu

Kepada mereka yang memandu kereta ataupun menunggang motorsikal, mesti anda pernah terlelap ketika kita membawa kenderaan. Perkara seperti ini semestinya boleh mengundang kepada kemalangan sehingga boleh membawa kepada kematian.

Masalah ini dipanggil Microsleep di mana kita terlelap atau tertidur secara tidak sengaja. Ikuti perkongsian dari Dr. Ahmad Zakimi tentang masalah microsleep ini.

Apakah itu microsleep? Mungkin ada yang pernah dengar. Microsleep adalah episod di mana kita terlelap atau tertidur seketika secara tak sengaja selama 2-30 saat. Fenomena ini menyebabkan kehilangan input deria pendengaran dan penglihatan yang diproses di otak.

Cuba bayangkan jika fenomena ini berlaku semasa memandu. Mata tertutup ataupun masih terbuka, pandangan terus hilang, kepada tersengguk-sengguk, pendengaran kosong dan tangan terlepas dari steering hanya beberapa saat sahaja, maka berisiko terlibat dalam kemalangan.
Kalau terjadi masa tengok TV atau depan laptop tak apalah. Tak pun jatuh kerusi saja.

Microsleep berisiko terjadi jika seseorang itu tidak cukup tidur, kepenatan dan kemurungan. Jika kita memandu, sepatutnya kita tidak berada dalam keadaan berisiko ini. Cukupkan rehat dan tidur. Kalau mengantuk ketika memandu, berhenti di mana-mana RnR dan tidur secukupnya. Rehatkan badan dan minda. Jangan paksa diri.

Hati-hati memandu, ingatlah orang yang tersayang sedang menunggu di rumah.

Sumber dari Twitter Dr. Ahmad Zakimi

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber: Petua Ibu