Detox Kempis Perut, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Air Detox Guna Green Tea Cap Boh

Kalau korang nak tau, detox ni sebenarnya adalah satu proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus tu dicuci keluar melalui pembuangan air besar.

Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan dapat menyerap segala nutrien pada tahap optimum. Kalau selama ni kita ambil vitamin atau supplemen tapi tak berkesan, mungkin puncanya kerana usus kita kotor. Jadi, untuk atasi masalah ini, jom kita amalkan minuman detox yang AmiEra Farhann Johan kongsikan.

KITA hari-hari pun makan macam-macam. Jangan lupa untuk detox badan kita. Saya percaya bila kita detox badan akan lebih sihat dan bertenaga.

 

Ni cara mudah saya detox badan. Hampir seminggu dah amalkan rasa ringan badan, perut pun dah kempis sikit sebab saya beranak operate 2 kali, perut susah nak kempis sebelum ni. Angin-angin habis keluar. Bila sendawa dan kentut-kentut rasa lega sangat. Tak ada la nak berangin je tak tentu pasal.

Bahan-Bahan

detox, resepi detox, petua detox, detox kempiskan perut, detox kuruskan badan, detox buang angin, petua buang angin, petua kuruskan perut
  • Green tea cap boh 1 uncang
  • 1sb Halba
  • Halia (Ikut suka nak letak banyak mana, lagi banyak lagi bagus)
  • 2 cawan air masak

Cara Penyediaan

  1. Rebus semua bahan sampai mendidih.
  2. Tunggu agak-agak dah suam kuku. Minum.
  3. Nak tambah madu sikit pun ok.
  4. Bagus amalkan masa perut kosong, sebelum makan.

Detox ni laki perempuan boleh je amalkan. Selain boleh detox badan, bawa keluar angin jahat, juga boleh turunkan berat badan.

Yang penting konsisten. Tengah nasihatkan diri sendiri sebenarnya ni. Doakan saya pun mampu konsisten ye.

Nota Tambahan

Untuk kaum hawa kalau nak tambah manjakani atau kunyit pun boleh. Tapi kunyit tu tak boleh minum hari-hari. 1-2 kali seminggu tu dah memadai. Suka wangi letak serai sebatang dua.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber: Petua Ibu