5 Langkah Buat Facial Sendiri Di Rumah.

Siapa rasa nak cantik kena buat facial kat spa? Anda mesti tak sangka bahawa ramai juga orang yang cantik buat facial di rumah sendiri. Betul! Bukan je selamat buat facial kat rumah tapi memang jimat! Tak percaya? Ikut posting ni kalau nak tahu.

5 LANGKAH UNTUK BUAT FACIAL DI RUMAH.

Kalau kulit anda dah mula kusam, cubalah langkah-langkah ni. Insya Allah boleh dapat muka cantik dan flawless nanti.

1.Cuci Muka.

Untuk dapatkan muka yang betul-betul bersih, pastikan anda mencuci muka anda sekurang-kurangnya dua (2) sehari. Paling mudah, cuci selepas mandi. Sesetengah produk pencuci bertindak sebagai pre-cleanser iaitu membuang kesan make-up dengan bersih.

Selepas anda mencuci bekas make-up, gunakan pencuci muka yang lembut mengikut jenis kulit anda. Cuci sekali bahagian dagu dan tengkuk anda ye.

2.Exfoliate.

Exfoliate adalah proses mengupas kulit mati. Proses ini amat penting untuk membuatkan kulit anda lebih cantik dan glowing. Produk lain juga lebih cepat berkesan sekiranya anda melakukan exfoliate dengan betul. Ini kerana anda dah membuang sel kulit mati yang menjadi halangan untuk vitamin masuk ke dalam kulit anda.

3.Mengurut Muka.

Rendam kain tuala yang lembut di dalam air suam. Pastikan anda perah lebihan air di dalam tuala dan tuamkan kepada kulit muka. Kesat tuala dengan lembut dan perlahan di kulit muka. Ia dapat membantu proses pengaliran darah di kulit muka anda. Kemudian diikuti dengan facial mengurut muka dengan cara membuat bulatan ke arah atas.

4.Gunakan Face Mask.

Ramai yang tak tahu kelebihan face mask. Kelebihan face mask ni dapat melembabkan, menganjalkan dan memberi khasiat yang diperlukan oleh kulit. Biarkan masker pada muka selama 15 minit. Inilah masa paling bagus untuk anda berehat dan relax. Anda boleh menggunakan masker semasa berendam di dalam tiub mandi. Bekerja, bekerja la juga. Kecantikan kena jaga tau.

5.Gunakan Serum Muka.

Langkah akhir dalam melakukan facial di rumah ialah dengan menggunakan krim atau serum muka. Pastikan anda menggunakan serum muka yang kaya dengan khasiat vitamin yang diperlukan oleh kulit muka. Lindskin serum antara serum muka yang saya recommend anda untuk pakai. Memang banyak testimoni yang telah berjaya.

Tips: Gunakan lotion yang ada spf untuk memelihara daripada UV matahari dan menjaga kulit anda daripada kekusaman.

Sumber: Caramudah

Apa kata anda?