[VIDEO] “Sweet…Suka Dengar Zara Zya Bila Gelak…Mungkin Sebab Tu Cik Abg Hareez Adam Jatuh Cinta Kot”- Hafreez Adam Usik Zara Zya Jadi Pemanggil Tanya Soalan!

Pasangan kekasih yang kini terkenal dengan ‘usik mengusik’ antara satu sama lain makin membuatkan ramai yang suka dengan pasangan ini.

Pelakon Hafreez Adam dan Zara Zya sememangnya pasangan yang ramai peminat suka mengikuti perkembangan mereka berdua malah netizen turut mendoakan agar hubungan yang dijalin antara kedua pelakon ini ke jinjang pelamin. Lihat sahaja apabila Zara memuat naik status di Instagram pasti ada yang menyebut nama Hafreez.

Menerusi rancangan Pop! TV bagi siaran nTV7 pula Zara Zya yang dijemput sebagai tetamu namun yang paling menarik adalah apabila Hafreez menjadi pemanggil bagi menanyakan soalan kepada Zara. Video ini mendapat tontonan sehingga 93,735.

Lucunya pula, Awal kelihatan cuba menguji kesetiaan Zara dengan mengatakan hubungan mereka hanya sekadar promosi dan ia dikatakan oleh Hafreez. Namun Zara tidak percaya dengan kata Awal, lalu Hafreez menelefon dan menyamar sebagai orang lain ‘Lan dari Pontian’. Manakala soalan yang dikemukan Hafreez adalah “kenapa suka sangat dengan Adam”.

VIDEO PENUH:

Namun mendengar sahaja jawapan daripada Zara menunjukkan beliau seorang yang setia dengan Hafreez yang dikatakan kelakar. Apapun, akhirnya pantun ‘sorong papan tarik papan’  membuatkan Zara ketawa dan terus mengenali kekasihnya itu.

Sweet dorang ni…

Namun mereka tetap dikatakan sebagai pasangan yang ‘sweet’.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Arena Star

Sumber: Sumber