[VIDEO] Jangan tanya lagi – Sufian Suhaimi

KUALA LUMPUR 13 Mac – Tiada apa lagi yang diharapkan penyanyi, Sufian Suhaimi selain semua pihak berhenti bertanya tentang kes putus tunangnya dengan pelakon, Elfira Loy yang menggemparkan dunia hiburan baru-baru ini.

Video oleh ALIF FADLI MOHD. SORI

Katanya, dia sebolehnya tidak mahu memanjangkan cerita tersebut namun dia tidak dapat mengelak apabila sering kali ditanya ramai pihak tentang kontroversi berkenaan.

“Saya minta kepada semua agar berhenti buat spekulasi, berhenti buat dakwaan dan berhenti bertanya. Saya rasa cukup sudah dan perkara itu sudah habis.

“Tapi saya bertuah kerana di kelilingi oleh orang-orang yang positif. Saya sekarang lebih tenang dan boleh menjalani hidup seperti biasa,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Dalam pada itu juga mengganggap apa yang berlaku adalah cara tuhan menegurnya atas apa sahaja kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini. – UTUSAN ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Arena Star

Sumber: Sumber

Apa kata anda?