[VIDEO] “Awhhhhh So Cute! The First Dance Will Always Be With Daddy” – Netizen Terharu Lihat Alif Satar & Anak Menari

Pastinya ramai yang telah mengenali selebriti yang sangat jarang terpalit dengan kontroversi iaitu Alif Satar. Alif Satar atau nama sebenarnya Muhammad Alif bin Mohd Satar merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara yang popular di Malaysia.

Alif telah mendirikan bahtera pada 15 September 2014 dengan wanita pilihan hatinya yang lebih tua 6 tahun daripada Alif iaitu Sha Dila Halid. Hasil dari perkahwinan pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.

Baru-baru ini, isteri Alif telah memuat naik satu video yang sangat menyentuh perasaan netizen di luar sana. Apa tidaknya Alif dilihat sangat caring dan sayang dengan anak-anaknya. Tarian Alif dan anaknya ibarat seorang puteri dan putera yang sangat sedondon bersama.

VIDEO :

Alisha’s best birthday present just came in. 😂❤️😘

A post shared by Alif Satar (@alifsatar) on

Video tersebut telah mendapat perhatian dari netizen kerana ramai netizen yang memuji sifat seorang ‘ayah’ yang wujud dalam diri Alif dan ditonjolkan menerusi tarian. Video tersebut telah mendapat 92k tontonan dan rata-rata memuji kasih sayang dan keakraban keluarga kecil ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Arena Star

Sumber: Sumber