“Kalau kahwin jangan lupa jemput” – Zizan Razak

Ibu Zizan menyuapkan kek kepada anak kesayangannya. Foto SHAARI CHE MAT

PELAKON dan pelawak Zizan Razak tidak menyangka majlis berkumpul bersama penyokongnya yang dianjurkan oleh kelab peminatnya iaitu ZTF sepanjang 10 tahun lalu turut menjadi medan peminatnya mencari jodoh.

Zizan atau Razizan Abdul Razak, 34, berkata, dia gembira dapat menjadi ‘jambatan penghubung’ buat peminat yang mencari jodoh dan ada di antara mereka kini telah pun berkahwin dan mempunyai cahaya mata.

“Setiap kali ada apa-apa acara termasuk ulangtahun kelahiran saya itu sebenarnya adalah untuk meraikan peminat yang hadir.

“Banyak jemputan perkahwinan yang saya terima tetapi masih belum rezeki untuk saya menghadiri majlis peminat.

Kira-kira 200 peminat hadir ke majlis hari jadi Zizan.

“Lepas ini kalau ada lagi, jangan serik undang saya menghadiri majlis perkahwinan anda, Insya-Allah saya akan cuba hadir,” katanya.

Zizan ditemui pada majlis sambutan ulangtahunnya yang dianjurkan oleh kelab peminatnya pada malam Sabtu.

Hampir 200 tetamu hadir pada acara itu termasuk keluarga dan rakan terdekat pelakon filem Abang Long Fadil itu.

Dalam pada itu, Zizan berkata, dia terharu dengan kesungguhan dan kesetiaan peminatnya yang tidak pernah jemu-jemu membuatkan dia berasa bahagia dan disayangi sepanjang 10 tahun penglibatan dalam bidang seni.

Rakan baik Zizan, Shahiezy Sam turut hadir. 

Kata Zizan lagi, dia juga berbangga dengan pasukan disebalik kelab peminatnya yang sentiasa memastikan aktiviti bagi mengeratkan hubungan di antara mereka sentiasa diadakan.

“Banyak yang saya lalui dan 2016 adalah paling mencabar kerana nama saya terpalit dengan pelbagai kontroversi.

“Peminat langsung tidak berganjak apabila saya ambil ruang memperbetulkan diri dan berkat doa ibu bapa, keluarga dan peminat Alhamdulillah semuanya kembali tenang.

“Hikmah dari kejadian itu peminat saya lagi ramai dan sokongan mereka semakin kukuh,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Arena Star

Sumber: Sumber

Apa kata anda?