Fizo Omar luah rasa terkilan…

AKIBAT sibuk bekerja, Fizo Omar mengakui tidak dapat meluangkan lebih masa dengan keluarga kecilnya.

Fizo meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat menemani isterinya, Mawar Abdul Karim membawa bayi perempuan mereka, Wan Maryam menjalani rawatan susulan di klinik kesihatan

Difahamkan, selebriti berusia 33 tahun ini sedang memenuhi komitmen kerjanya di Perlis.

“Maryam nak pergi ambil injection, dah nak masuk tiga bulan dah umur dia.

Mawar bersama Maryam

“Kesiannya tengok muka dia sedih, daddy tak dapat teman nak pergi jumpa doktor. Daddy work la sayang kat Perlis ini,” tulisnya di Instagram (IG).

Biarpun sedih, bintang filem Isyarat Cinta iniĀ  menyifatkan ia sebagai satu pengorbanan buat insan yang bergelar ibu dan bapa.

“Ikutkan hati nak bersama family all the time, tapi tanggungjawab sebagai bapa kena berkerja mencari rezeki

“Pengorbanan ibu pula banyak, stay at home jaga dan besarkan anak. Satu combination yang cukup unik masing-masing. Berkorban demi anak.

“Semoga anak Wan Maryam ini membesar dengan sihat dan jadi anak yang solehah, usahawan dan pemimpin di masa depan,” tulisnya.

Jelasnya, nilai pengorbanan tersebut bukan hanya bersandarkan kepada material semata-mata sebaliknya manfaat yang bakal diperoleh.

‘Kepuasan pengorbanan sebagai ibu-bapa dalam mencari rezeki, bukanlah semata-mata melihat kepada berapa banyak harta yang dapat dikumpul, tetapi berapa banyak manfaat yang dapat diberikan kepada orang lain.

“Insya-ALLAH, hasilnya mungkin bukan untuk dinikmati sekarang ini, tapi mungkin untuk anak-anak saya, keluarga dan generasi bangsa kita seterusnya,” katanya.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 10 November 2013.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Arena Star

Sumber: Sumber