Beza 12 tahun bukan penghalang, cikgu lelaki kahwin anak murid sendiri

Beberapa minggu lalu, satu pasangan pengantin menjadi tular di laman media sosial kerana murid lelaki mendirikan rumah tangga dengan cikgunya sendiri.

Namun berbeza pula dengan pasangan ini apabila seorang cikgu lelaki mengambil keputusan untuk bernikah dengan anak muridnya sendiri.

Shamsul Bahari berkongsi beberapa keping gambar di laman Twitter miliknya setelah selamat diijabkabulkan dengan gadis tersebut, Intan Hairi pada 18 Ogos lalu.

“Hari tu tengok cikgu fizik perempuan kahwin dengan anak muridnya, sekarang tiba giliran guru fizik lelaki dan anak muridnya. Saksikan Cikgu Fizikku, Suamiku di TV3,” tulis cikgu berusia 32 tahun itu.

Posting tersebut menarik perhatian orang ramai dan diulang kicau sebanyak 9,849 kali dengan mendapat 8,347 tanda suka.

Rata-rata muridnya turut mengucapkan tahniah atas ikatan pernikahan tersebut malah ada juga meminta tips bagaimana cara untuk mengorat crush yang menjadi idaman.

Menerusi laman Instagram isterinya, gadis berusia 20 tahun itu juga ada berkongsi beberapa keping gambar majlis perkahwinan untuk tatapan pengikut mereka.

Alhamdulillah! Tahniah Shamsul & isteri. Siapa sangka cikgu yang mengajar kita dalam kelas masa zaman ‘hingusan’, boleh jadi pasangan hidup kan?

Sumber : Shamsul Bahari , Intan Hairi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Sumber: Sumber