“Be Strong Sayang, I Tahu You Takut Doctor” – Datin Almy Nadia Masuk Hospital

Pelakon Datin Almy Nadia dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti influenza.

My view today ๐Ÿ’‰๐Ÿ’‰๐ŸŒก๐ŸŒก

A post shared by Almynadia (@almynadia86) on

Menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram Almy, pelakon drama bersiri Dunia Baru itu memuat naik sekeping foto pemandangan dari katil sebuah wad hospital.

โ€œMy view today,โ€ tulis Almy di ruangan kapsyen.

Menerusi perbualan Almy bersama peminat di ruangan komen, pelakon filem Nana Tanjung ini mengesahkan dirinya terkena jangkitan influenza kerana batuk, demam dan selsema yang berlanjutan selama dua minggu.

Suami Almy, Datuk Fizz Fairuz sempat menyakat isterinya menerusi sebuah entri di laman Instagram.

โ€œBe strong okay sayang..I tau you takut doctor hahahahaโ€ฆ Check in sini dulu okay, kami tiga beranak pergi holiday kejap hahahaha,โ€ tulis Fizz dalam nada gurauan.

Rata-rata peminat mendoakan agar Almy segera sembuh seperti biasa. โ€“ SL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Arena Star

Sumber: Sumber