Mohamad Sabu balik kampung naik pesawat tentera

BUTTERWORTH: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, mengakui teruja apabila pertama kali diberi peluang menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk ‘pulang ke kampung halamannya’, di sini.

Mohamad berkata, sejak kecil beliau yang tinggal di Tasek Gelugor di sini, membesar dengan bunyi enjin kapal terbang dan beberapa jet pejuang lain.

“Saya tinggal tidak jauh dari sini. Bila datang sini, saya rasa bangga kerana dapat pulang ke kampung halaman.

“Inilah pertama kali saya balik kampung naik kapal terbang tentera. Perjalanan sangat baik walaupun awan agak tebal.

“Saya pernah naik kapal terbang tentera sebelum ini, tapi hari ini naik kapal terbang yang baik. Mendarat pun tak goyang,” katanya pada sidang media di TUDM Butterworth di sini, hari ini.

Bergaya Abam Rambo Mat Sabu ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ Muka Abang Mat macam rindu viva le tu.

Terdahulu, Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu tiba di Pengkalan TUDM Butterworth kira-kira jam 5.15 petang, dengan menaiki pesawat tentera A400M untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Warga TUDM, di sini.

Beliau diiringi isteri, Normah Alwi; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Ini adalah kunjungan sulungnya ke TUDM Butterworth, dan sidang media keduanya selepas dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada Isnin lalu.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, beliau akan mengekalkan ‘cara Mat Sabu’ di luar waktu bertugas sebagai Menteri Pertahanan, terutama ketika bertemu masyarakat.

“Cara Mat Sabu itu bukanlah dilakukan ketika bertugas. Saya tetap akan menghormati protokol, adat, dan budaya dalam ketenteraan, cara Mat Sabu itu hanya ketika bertemu masyarakat, dan pergaulan bersama mereka,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Arena Star

Sumber: Sumber