Kit Piala Dunia England berharga RM850, tapi pekerja kilang dapat gaji RM1.12 sejam

KIT Piala Dunia England yang dijual pada harga £160 (RM850) dihasilkan oleh sebuah kilang di Bangladesh, namun apa yang mengejutkan adalah pekerja kilang dibayar sebanyak 21 pence (RM1.12) sejam.

Baju dan seluar rasmi Nike itu dikatakan sebagai kit England termahal dan dilaporkan di sebuah kilang yang berada dalam zon kawalan kerajaan di mana pekerja wanita menerima bayaran serendah £1.68 (RM8.92) sehari.

The Daily Telegraph mendedahkan bukti pekerja di Savar, dekat Dhaka bekerja sebanyak 60 jam seminggu.

Pada 2016, Persatuan Bolasepak (FA) memberikan Nike sambungan kontrak bernilai £400 juta (RM2.1 bilion).

Ahli Parlimen Jo Stevens yang juga anggota Persatuan Buruh Digital, Budaya, Media dan Sukan meminta agar siasatan dijalankan.

Kit baru England untuk Piala Dunia.

Katanya: “FA ada tanggungjawab untuk meneliti setiap aspek penglibatan England dalam Piala Dunia termasuk kit tersebut yang menjadi kebanggaan negara kita.

“Susah untuk berbangga kalau ia dihasilkan daripada mereka yang telah diambil kesempatan,” kata Jo.

Kempen Clean Clothes berkata: “Gaji mereka tidak dapat menampung keperluan asal, apatah lagi membolehkan mereka dan keluarga mereka memiliki hidup yang memuaskan.

“Ini cara mudah untuk Nike mengaut keuntungan hanya dengan membuat peminat membayar pada harga yang mahal tapi pekerja kilang dibayar terlalu rendah.

“Peminat harus meminta Nike mengubah model perniagaan berbentuk eksploitasi seperti ini.”

Gaji minimum pekerja industri pakaian adalah sebanyak £47 (RM250) sebulan. – Mirror UK

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Arena Star

Sumber: Sumber