Gunting kena paru-paru

DUA daripada 10 tikaman dipercayai dengan menggunakan gunting yang terkena bahagian paru-paru menyebabkan kematian seorang lelaki Myanmar dalam kejadian di Salor, Kota Bharu, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, berkata, ia berdasarkan hasil siasatan awal dalam kes berkenaan.

Beliau berkata, polis juga percaya kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan mangsa.

Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dilakukan.

“Kita juga tidak menolak kemungkinan lebih daripada seorang suspek terbabit dalam kes ini

“Polis juga sudah merampas gunting yang disyaki digunakan suspek dalam kejadian itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi talian 09-7752200 atau di balai polis berdekatan

NSTP semalam melaporkan lelaki warga Myanmar dipercayai ditikam beberapa kali dipercayai dengan menggunakan gunting, ditemui dalam keadaan terbaring di tepi Lebuhraya Salor- Pasir Mas, di Kota Bharu, jam 11.45 pagi.

Bagaimanapun, mangsa, Abdullah Sayat Karim, 42, yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan lanjut di Hospital Pasir Mas (HPM).

 

Sumber: Sumber