Dapatkan Kulit Yang Bersih Dan Bebas Jerawat Dengan Mengamalkan 7 Tip Ini

1: Ikan berminyak seperti tuna, salmon. 

Ikan memberikan anda biotin yang terkandung dalam vitamin B. Kekurangan biotin boleh menyebabkan kulit kering dan berkuping. (Foto: Tumblr)

#2: ‘Chia Seed’. 

Asid lemak dalam Omega-3 membantu tekstur kulit dengan melindunginya dan memberi kelembapan kepada kulit. (Foto: Yahoo!)

#3: Ubi keledek. 

Makanan yang membekalkan tubuh anda dengan banyak air membantu dalam mengekalkan hidrasi untuk kulit dan sel tubuh anda. Begitu juga dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna ceria dan pekat seperti ubi keledek, lobak, bayam. (Foto: Wikipedia)

#4: Almond. 

Kekacang almond yang kaya dengan vitamin E boleh melindungi kulit daripada kerosakkan akibat sinaran matahari. (Foto: Fitlista)

#5: Kuaci. 

Kuaci adalah sumber vitamin E yang baik dan mampu melindungi kulit daripada radikal bebas di sekitar anda mahupun dari dalam tubuh. (Foto: Guruji)

#6: Karbohidrat kompleks. 

Makanan yang diproses dan tepung gandum boleh mengakibatkan keradangan dan jerawat. Gantikan pasta dan nasi putih dengan makanan yang berkarbohidrat kompleks seperti — quinoa, beras perang, barli. (Foto: Live Science)

#7: Jus oren. 

Jus oren memberi anda hidrasi dan antioksidan untuk tubuh anda. Jus oren juga membantu dalam penghasilan kolagen. (Foto: Londolozi)

Sumber: Ikahwin

Apa kata anda?