Bom ikan meletup, dua lelaki cedera

JELI 15 April – Dua lelaki cedera selepas bom ikan buatan sendiri meletup di Kampung Sungai Seting, Lubuk Bongor di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintenden Mohd. Yusoff Jaafar berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa pertama berusia 34 tahun putus pergelangan tangan kiri dan hancur tangan kanan.

Menurutnya, mangsa turut mengalami kecederaan di bahagian kaki kiri, muka dan dada.

“Mangsa dihantar ke Hospital Jeli sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut.

“Keadaan mangsa kritikal tetapi stabil,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Yusoff berkata, mangsa kedua berusia 22 tahun pula cedera di bahagian jari dan badan akibat terkena serpihan.

Salah seorang mangsa yang cedera terkena bom ikan Kampung Sungai Serting, Jeli hari ini.

“Dia dihantar ke Hospital Jeli sebelum dirujuk ke Hospital Tanah Merah untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Arena Star

Sumber: Sumber